Perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 26.07.2022.
Video here: https://fb.watch/e-d58eHl88/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 atau ringkasannya IPCC. Pada 7 Oktober 2019, Parlimen telah membahaskan pada Peringkat Dasar, Bacaan Kedua tentang IPCMC Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019.
Apabila kita bandingkan IPCMC, IPCC dan juga Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) nampaknya apabila kita bandingkan ketiga-tiga ini sebenarnya IPCC yang kita bahaskan hari ini jauh lebih kurang daripada IPCMC yang telah kita bahaskan pada tahun 2019. Ada kelemahan juga berbanding dengan EAIC yang telah Parlimen luluskan. Di bawah Rang Undang-undang IPCC ini, fungsi pencegahan, fungsi suruhanjaya seksyen 4, pencegahan telah dikeluarkan daripada fungsi suruhanjaya dan tiada klausa untuk menjalankan kawalan tatatertib terhadap semua anggota polis seperti di IPCMC.
Apabila badan yang telah dikurangkan fungsi. Juga, sebelum ini select committee yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, Rang Undang-undang IPCC telah mengabaikan usaha-usaha Jawatankuasa Pilihan Khas itu. Mereka pergi nation-wide consultation. Banyak kerja telah dibuat tetapi rang undang-undang ini telah mengabaikan usaha-usaha tersebut dan mengemukakan satu rang undang-undang yang kurang efektif. Bukan sahaja berbanding dengan IPCMC tetapi kurang efektif berbanding dengan EAIC ataupun Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Itulah kekhuatiran kita.
Apabila IPCC ini mempunyai skop yang terhad, ia hanya satu conduct pipe sahaja dan bukan seekor kucing yang tidak bertaring. Kita perlukan satu piece of legislation yang mempunyai kuasa terhadap salah laku dan tatalaku polis. Nampaknya, apa yang kita minta dan hasilnya jauh berbeza. Bukan sahaja tadi sebut skop yang terhad, keperluan notis untuk lawatan − EAIC tidak perlu tetapi IPCC diperlukan.
Banyak lagi, apabila kita baca satu-satu, banyak lagi terhadap kekurangan berbanding dengan kedua-dua IPCMC dan juga EAIC yang kita sebut. Tadi Yang Berhormat Menteri kata IOPC United Kingdom. IOPC United Kingdom adalah sebuah − saya baca annual report, laporan tahunannya. Satu badan yang bebas daripada polis dan juga kerajaan. Dia punya independently of the police and government.
Akan tetapi, dalam Rang Undang-undang IPCC ini, pegawai eksekutif dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. That’s the problem apabila setiausaha itu dikawal oleh eksekutif, dilantik oleh Menteri Dalam Negeri. EAIC melantik setiausahanya sendiri. Can you see the different? EAIC melantik setiausaha sendiri tetapi IPCC ini, setiausaha jawatan begitu penting dilantik oleh Menteri Dalam Negeri.
Tidak ada had tempoh jawatan bagi pesuruhjaya. EAIC kata dua penggal. Akan tetapi, IPCC kata tak ada had. Boleh sampai– long time. Saya meneliti juga apabila dia hanya sebagai jawatankuasa aduan, rujuk balik kepada suruhanjaya polis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pasukan Polis. Saya telah menyemak komposisi suruhanjaya polis. Dua tahun lalu apabila saya semak, saya kata sembilan orang anggota suruhanjaya polis, semua lelaki.
Akan tetapi, hari ini ada sedikit improvement. Tujuh orang lelaki, satu perempuan. Satu kekosongan yang tak diisi yang sepatutnya dibawa, harus dicadangkan oleh SPA. Hanya terdiri daripada satu kaum sahaja. Saya pun tidak tahu sama ada perwakilan dari Sabah dan Sarawak. Itu masalah dia. Suruhanjaya Pasukan Polis itu ditubuhkan tidak menggambarkan komposisi geografi, gender dan juga kaum Malaysia. Hanya sesuatu kaum sahaja dengan tujuh orang lelaki dan kurang perwakilan dari Wilayah Sabah dan Sarawak.
Itulah masalah apabila Suruhanjaya Pasukan Polis yang akan menjatuhkan hukuman. Sebelum ini IPCMC dia mempunyai kuasa besar dengan boleh memberi amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat, buang kerja. Akan tetapi, semua ini tidak dimasukkan dalam IPCC menjadikan ia hanya satu conduct pipe untuk salurkan aduan tanpa pemantauan yang rapi terhadap pasukan polis.
Itu masalah yang kita hadapi. Saya rasa memang rang undang-undang ini kurang, amat kurang daripada apa yang telah dikemukakan sebelum ini. Saya harap dapat satu penjelasan daripada Menteri dan perlu perkara ini dirujuk balik kepada satu jawatankuasa select committee untuk diperbaiki kesemua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment